BULETIN KIS


Tahniah Dan Syabas Alumni KIS di Maghribi


2 September 2022, Rabat, Maghribi.

Kolej Islam As Sofa (KIS) satu-satunya IPT yang berjaya menghantar pelajar melalui kuotanya di Universiti Mohammed V (UMV), Rabat, Maghribi melalui jalinan kerjasama MOA yang telah terjalin sejak tahun 2012 bersama Menteri Pengajian Tinggi, Maghribi.

Seramai 16 pelajar kumpulan ke-5 telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan, UMV.

Sehingga kini, KIS telah berjaya menghantar 8 kumpulan pelajar ke Maghribi dan sebahagian daripadanya telah menyambung ke peringkat sarjana di Maghribi dan Malaysia.

Semoga hubungan KIS dan UMV bertambah kukuh sebagai jambatan ilmu Malaysia ke Maghribi.

Turut bersama, Pengerusi Kursi Imam Ahmad ibn Idris, Dato Paduka Hassan Ammari.