BULETIN KIS


Majlis pengajian Syarah Ibn Aqil


Menjadi keistimewaan di Kolej Islam As Sofa, para pelajar dapat mempelajari kitab-kitab turath peninggalan para ulama silam. Antara pengajian ilmu yang mereka pelajari adalah ilmu Nahu iaitu Kitab Syarah ibn Aqil.

Para pelajar akan belajar kitab ini selama 2 tahun sepanjang diploma di KIS. Pengajian disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Ahmad Basya bin Fadzillah, Tenaga Pengajar Institut Imam Ahmad ibn Idris.