BULETIN KIS


Sambutan Hijrah Nabawiyyah & Pembacaan Burdah Busiri

Ampang- Jumaat, 5 Ogos 2022 - Majlis dimulai dengan pembacaan Salawat Pujian kepada Rasulullah SAW dengan pembacaan Burdah Al Busiri. Ini adalah rutin mingguan mahasiswa KIS pada setiap hari Jumaat.

Majlis diteruskan dengan Kuliah Khas awal Muharram, Hijrah Nabawiyah yang telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Haji Mohd Sufi bin Ibrahim al Hafiz, Ketua Eksekutif Kolej Islam As Sofa. Majlis turut dihadiri oleh Jaminan Kualiti KIS, Ustaz Muhammad Ikhlas bin Anurin.

Majlis seterusnya diakhiri dengan pembacaan Maulid. Semoga mahasiswa KIS sentiasa bersemangat menuntut ilmu dan mempunyai keazaman yang tinggi pada tahun baharu ini.