BULETIN KIS
Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Bagi Kemasukan Sesi I (2022/2023) ke Kolej Islam As Sofa

ISNIN, 27 Jun 2022 - Alhamdulillah, majlis pendaftaran pelajar bagi kemasukan sesi I 2022/2023 ke Kolej Islam As Sofa telah berlangsung dengan cukup sempurna.
Dari lensa hari pendaftaran, menyaksikan kesungguhan ibu bapa menghantar anak-anak untuk menyambung pengajian dan para pelajar juga dilihat sangat teruja untuk memulakan sesi pengajian dan pembelajaran di KIS.
Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi, dan disusuli dengan taklimat bersama ibu bapa dan pelajar. Turut hadir bersama meraikan kedatangan para pelajar baharu, Ustaz Mohd Sufi bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Islam As Sofa, Ustazah Aisyah Jamilah binti Moh Shin, Pengarah Akademik Kolej Islam As Sofa, Ustaz Azim Faris bin Musa, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Kolej Islam As Sofa serta para pensyarah dan staf Kolej Islam As Sofa.






Warga Kolej Islam As Sofa mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan pengajian kepada semua pelajar. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu.