BULETIN KIS
Alumni KIS dihantar melanjutkan pelajaran ke Indonesia

Sabtu, 30 Julai 2022 - Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Seramai 22 orang alumni KIS telah dihantar menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia.
Penghantaran para pelajar ke sana telah diiringi oleh Ustaz Amirulhakim bin Ahmad Nadzri, Ketua Jabatan Syariah Islamiah, Kolej Islam As Sofa.
Para pelajar ini merupakan pelajar kumpulan ke 7 yang telah dihantar oleh KIS. Kumpulan kali ini merupakan para pelajar yang terkesan pembelajaran mereka akibat Covid-19.
Antara keistimewaan menyambung pelajaran di sini adalah para pelajar dapat menamatkan pembelajaran Ijazah Sarjana Muda mereka sepantas setahun setengah sahaja berbanding di tempat lain yang memakan masa selama 4 tahun.
Ini merupakan kelebihan yang diberikan kepada Kolej Islam As Sofa dengan kerjasama UIN SULTHA Jambi.
Antara kos yang diambil oleh alumni KIS di sana adalah Ijazah Sarjana Muda Perbandingan Mazhab, Hukum Keluarga Islam, Hukum Ekonomi Syariah dan Ilmu Al Quran & Tafsir.