BULETIN KIS


Alumni KIS hadiahkan Kitab al I'tinasi Bi Tarajim Fudhala' Fas kepada Dato' Pengerusi

7 Januari 2021, REMBAU - Bagai sirih pulang ke gagang. Itulah yang dapat diumpamakan dalam pertemuan antara alumni KIS, Ustaz Muhammad Alfiqh bin Mohd Azahar dengan gurunya, Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengerusi Kolej Islam As Sofa (KIS).

Ustaz Muhammad Alfiqh bin Mohd Azahar merupakan alumni Sekolah Tinggi Islam As Sofa (2010-2014), Kolej Islam As Sofa (2015-2017) dan Institut Imam Ahmad ibn Idris SAIFI (2017-2018). Beliau kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajian Islam, Pengkhususan Usul Fiqh di Universiti Mohamed V, Rabat Maghribi.

Walaupun telah berguru dan bermusafir ke negara yang jauh di barat iaitu Maghribi, namun kasih dan ingatannya terhadap guru dan murabbi yang mesra digelar Walid itu tidak pernah terpadam malah sentiasa segar dalam ingatan.


Dalam pertemuan singkat yang berlangsung sejurus selepas majlis hadharah al Kahfi mingguan itu, Ustaz Muhammad Alfiqh telah menghadiahkan Dato' Haji Muhammad Fuad buku yang bertajuk al I'tinas bi Tarajim Fudhala' Fas karya al Hafiz al Sayyid Ahmad ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari al Hasani.

Terbukti pentarbiahan dan didikan Dato' Haji Muhammad Fuad berjaya dengan melahirkan insan-insan cemerlang hasil daripada seorang Murabbi yang hebat.

Semoga hubungan kasih yang terjalin antara pelajar dan murabbi ini akan menjadi contoh buat semua penuntut ilmu dan berkekalan sehingga hari kiamat dalam rahmat dan redha Allah SWT.