BULETIN KIS
Kejayaan KIS menghantar alumni ke Indonesia

Kejayaan Kolej Islam As Sofa (KIS) dalam menghantar alumni KIS menyambung pelajaran ke Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (UIN-STS) melalui jalinan kerjasama MoU.
Seramai lebih 100 orang alumni KIS berjaya menyambung pengajian sarjana muda di UIN-STS ke semester kelima melalui pemindahan jam kredit yang telah dipersetujui di antara KIS dan UIN-STS.
KIS telah menjalinkan kerjasama akademik bersama UIN-STS Jambi sejak tahun 2012. KIS bukan sahaja bersama UIN-STS dalam pemindahan kredit sahaja, malahan usaha sama seminar pendidikan dan pertukaran budaya di antara dua negara menjadikan KIS dan UIN-STS sentiasa dekat dan akrab.