Kursus Terbaru R-E-S-T

PENGENALAN

Aplikasi Terapi Seni Ekspresi (R-E-S-T) adalah penemuan baru dalam motivasi dan kaunseling yang bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat dari aspek ilmu, kemahiran dan pengalaman mengeplikasikan pendekatan Terapi Seni Ekspresif (TSF) terutama kepada individu profesional dalam bidang profesion menolong pertama di Malaysia.



TERBUKA KEPADA SEMUA

Daftar online

Terapi Seni Ekspresif

Atau dalam bahasa Inggerisnya 'Expressive Art Therapy' merupakan salah satu pendekatan alternatif dalam proses kaunseling dan khidmat menolong. Ianya berupaya meningkatkan perluahan emosi dan perasaan seseorang demi menjadikan individu tersebut lebih fokus dengan hala tuju kehidupan yang dilaluinya.


Proses terapi seni ini boleh membantu seseorang untuk melihat perspektif kehidupan secara positif, di samping mencungkil potensi diri mereka demi mendapatkan celik akal atau insight untuk berhadapan dengan tekanan atau masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian dengan berkesan.

Terapi ini berasaskan keyakinan bahawa proses kreatif seperti melukis, menggambarkan atau karya-karya lain kesenian bersifat menyembuhkan serta menguatkan kehidupan manusia.


Bagi sesetengah orang, trauma psikologi amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Justeru, terapi seni boleh menjadi kaedah untuk meluah dan menggambarkan emosi serta perasaan mereka yang terlalu menyakitkan jika diungkapkan dengan kata-kata. 


 "Terapi seni merupakan pendekatan yang memfokuskan kepada rawat dan pulih yang mana rawatan sesuatu penyakit fizikal, mental dan emosi secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan", Dr. Rafidah Kastawi.


Proses ini menggunakan seni sebagai alat atau medium perluahan secara kreatif dan spontan, ia juga memerlukan keunggulan daya cipta manusia seperti melukis dan mewarna, mengukir tanah liat atau doh, menghasilkan kolaj, penulisan kreatif atau visual, fotografi, serta media visual lain. 

Objektif Kursus

  • Memperkenalkan konsep asas, matlamat dan kepentingan hubungan menolong
  • Memperkenalkan pendekatan Terapi Seni Ekspresif dalam hubungan menolong
  • Mengaplikasikan modaliti Seni dalam hubungan menolong
  • Intervensi Modul R-E-S-T Aplikasi Terapi Seni Ekspresif dalam hubungan menolong

Hasil Pembelajaran

  • Menjelaskan konsep asas, matlamat dan kepentingan menolong
  • Menjelaskan teori dan pendekatan dalam TSE yang boleh diaplikasikan dalam hubungan menolong
  • Mengaplikasikan modaliti seni dalam proses hubungan menolong semasa sesi bimbingan 
  • Mengaplikasikan Modul R-E-S-T TSE dalam hubungan sama ada secara individu atau kelompok

Modul Kursus

Modul 1

  • Aku Pemimpin
  • Hujung Minggu
  • Di Kolej Islam As Sofa,Ampang

Modul 2

  • Celik Hati dan Akal Pemimpin
  • Hujung Minggu
  • Di Kolej Islam As Sofa, Ampang

Modul 3

  • Jati Diri Pemimpin
  • Hujung Minggu
  • Di Lapangan

Supervision

  •  3-5 Orang Satu Kumpulan 

CSR

 Berkumpulan 

Graduasi

Pengambilan Pertama (10 Nov 2018)