Aluan Ketua Eksekutif

Mohd Sufi bin Ibrahim Ketua Eksekutif Kolej Islam As-Sofa

Mohd. Sufi bin Ibrahim al Hafiz

Ketua Eksekutif
Kolej Islam As-Sofa


Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya Gagasan Kolej Islam As-Sofa (KIS) dicetuskan selaras dengan hasrat dan kehendak Pengerusi Sofa Education Group iaitu, Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin untuk membentuk generasi muda menjadi graduan yang berdaya maju dan sentiasa kuat berpegang kepada ajaran agama dan nilai-nilai moral.

Justeru, penubuhan Kolej Islam As-Sofa adalah berdasarkan hasrat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi menggabungkan elemen moden dan turath yang benar-benar bertunjangkan asas Ahli Sunnah wal Jamaah. Demi melahirkan lebih ramai ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang akan dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi menghadapi persaingan dan pasaran global, KIS sentiasa komited dalam usaha berterusan ke arah mempertingkatkan pengurusan institusi pendidikan tinggi melalui pengamalan terbaik sejajar dengan aspirasi menjadikan KIS sebagai hab pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa. Di samping menjadi panduan bagi meningkatkan keyakinan pengurusan berkualiti, imej dan daya saing dalam penawaran pengajian tinggi swasta terbaik di rantau ini.

Menjadi harapan agar KIS akan terus unggul menjadi sebuah institusi pengajian yang dapat melahirkan generasi yang eksklusif dalam pelbagai bidang baik dalam ilmu agama mahupun duniawi bagi meneruskan delegasi pengasasnya dalam memperjuangkan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kesedaran dan usaha perlu digembeleng secara berkesan dan menyeluruh untuk memacu pelaksanaan ini ke arah yang lebih baik berdasarkan garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan.