Visi, Misi, Falsafah

Visi

Kesepaduan antara Ilmu, Iman, dan Amal berasaskan al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketrampilan, yang akan menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.



Wawasan

Menjadi pusat penjana generasi berkualiti serta pusat kajian dan kecemerlangan berasaskan Islam.



Misi

  • Menggabungkan antara kekayaan tradisi dan dinamika perkembangan semasa.
  • Memikul tanggungjawab memelihara warisan ilmu dan tamadun Islam serta menyebarluaskan nilai-nilai Islam mengikut lunas yang tepat dan syumul demi mencapai kemajuan serta kebajikan manusia sejagat.
  • Melahirkan sarjana dan cendikiawan yang berketrampilan dalam bidang ilmu masing-masing disamping berkeperibadian mulia.
  • Memperkasakan jalinan kerjasama saintifik dan budaya dengan kolej dan institusi lain seluruh dunia.


Moto

"Berilmu Beramal Berbakti"

Moto ini dipilih sebagai peringatan berterusan kepada semua warga Kolej Islam agar tekun menimba ilmu disusuli dengan penghayatan ilmu tersebut dalam kehidupan serta perjuangan untuk memakmurkan masyarakat dan negara berdasarkan ilmu yang benar.



Objektif

Objektif Kolej Islam As-Sofa adalah seperti berikut:

  • Melahirkan generasi ilmuan dan profesional yang menguasai ilmu-ilmu agama, sains dan kemahiran.
  • Membina insan yang memiliki kekuatan keilmuan, keimanan, mental dan fizikal berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang dapat menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti setempat.
  • Menyediakan peluang pengajian kepada pelajar dengan memberi penekanan kepada metodologi pengajian gabungan tradisi dan moden yang berasaskan Islam.
  • Menjadikan Kolej Islam As-sofa sebagai pusat sehenti (one-stop center) dalam bidang pengajian dan penyelidikan Islam pada pelbagai peringkat termasuklah tahap pengajian siswazah dan pendidikan dewasa.
  • Mempersiapkan generasi ilmuan dan profesional yang berkelayakan tinggi dan tersohor untuk generasi akan datang dalam semua cabang pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan dalam dunia kehidupan dari segi kerohanian dan material.
  • Membina kesatuan dan persefahaman ilmiyyah dalam persoalan-persoalan utama masyarakat dan negara terutamanya dikalangan umat Islam.