Diploma - Pengajian Separuh Masa

Pengenalan

Bermula daripada semester Oktober 2016, Kolej Islam As-Sofa akan mula menawarkan program pengajian Diploma secara separuh masa. Program yang ditawarkan secara separuh masa ini adalah:

  1. Diploma Syariah Islamiyyah (MQA/FA 1781)
  2. Diploma Usuluddin (MQA/FA 2047)
Program diploma secara separuh masa ini, yang melibatkan kelas pengajian pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, dibuka untuk memberi ruang kepada individu-individu bekerja atau yang mempunyai komitmen pada hari-hari bekerja untuk melanjutkan pembelajaran dalam bidang pengajian Islam. Silibus pembelajaran, kelulusan serta pengiktirafan bagi Diploma Syariah Islamiyyah dan Diploma Usuluddin adalah sama seperti program pengajian sepenuh masa.



Tempoh Pengajian

Empat tahun (12 semester)