Sijil Pengajian Islam

Pengenalan

Sijil Pengajian Islam menawarkan peluang kepada para pelajar untuk mengikuti disiplin pengajian yang berakar umbi sejak zaman Rasulullah Sallallahu 'alayhi wasallam. Disiplin ini merangkumi aspek-aspek praktikal dalam Pengajian Islam baik yang bersifat ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Melalui penawaran program Sijil Pengajian Islam, Kolej Islam As-Sofa berharap ianya dapat melahirkan generasi profesional yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Syariah Islamiyyah. Kursus Sijil Pengajian Islam diajar dengan memasukkan elemen-elemen etika, profesionalisme dan kemanusiaan yang akan diikuti oleh semua pelajar. Ini untuk membentuk graduan berkelulusan Pengajian Islam mampu menandingi sifat etika, profesionalisme dan kemanusiaan yang setaraf dengan graduan lain bahkan lebih menyerlah.



Nombor Kelulusan

Pendaftaran Kementerian: N/221/3/0153 (5 Mac 2020)
Pengiktirafan MQA: MQA/PA 4385



Tempoh Pengajian

Satu tahun setengah (4 semester)



Objektif

  1. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan arif di peringkat ikhtisas di dalam bidang Pengajian Islam serta dapat mempraktikkan keilmuan pelajar di peringkat pekerjaan apabila tamat pengajian nanti.
  2. Kursus ini juga akan menyediakan asas bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Kolej Islam As-Sofa khususnya.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing di dalam bidang pengajian Islam di mana mereka mampu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam bidang pengajaran mahupun di dalam bidang pengurusan.


Prospek Kerjaya:

  • Kerjaya di Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri
  • Pendakwah / Tenaga pengajar bertauliah
  • Guru Agama