Kursus Miftah Al-Ilmi

Pengenalan

Kursus Miftah Al-Ilmi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM/STPM/STAM dan setaraf dengannya untuk mengikuti program pengukuhan ilmu sebelum menyambung pengajian di IPTA/IPTS. Program ini menjanjikan pengetahuan, pengalaman dan kekuatan ilmu serta keterampilan kepada peserta yang berdaftar. Tempoh pengajian adalah selama 4 bulan bermula pada bulan Januari setiap tahun. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian gabungan sistem pengajian pondok dan pengajian moden. Peserta juga diberikan pendedahan awal dalam bidang agama oleh pensyarah yang berpengalaman dan berkelayakan. Di antara kurikulum yang akan dipelajari ialah:

  1. Bahasa Arab Penulisan dan Komunikasi
  2. Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
  3. Ilmu Al-Quran
  4. Ilmu Hadis
  5. Ilmu Fiqh Mazhab Syafie
  6. Teknologi Maklumat

di samping menjalani aktiviti ko-kurikulum seperti Pengucapan Awam, Kepimpinan dan Keterampilan, Pengurusan Acara, sukan dan berpersatuan yang mampu untuk mengasah bakat kepimpinan dan menambah pengalaman.



Tempoh Pengajian

Empat bulan