Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

Pengenalan

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Diploma dalam pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Program ini membekalkan modul-modul yang membolehkan graduannya lahir sebagai pakar dalam bidang pengajian Al-Quran dan Qiraat. Program ini merangkumi segala aspek pengajian berkaitan al-Quran seperti Hafazan al-Quran dan kaedah serta jenis-jenis pembacaan. Selain itu, pelajar juga akan diberi pendedahan berkenaan ilmu qiraat, Ulum al-Quran, Fawasil, Qiraat Ilmi dan amali, Dhab al-Quran, Tarikh Qura’, Tarikh Mashaf, Rasm Uthmani dan ilmu-ilmu asas seperti Fiqh Ibadat dan Aqidah yang mana silibus dan sukatan pelajaran adalah berpandukan kitab-kitab muktabar Ahli Sunnah wal Jamaah.



Nombor Kelulusan

Pendaftaran Kementerian: N/221/4/0108 (12 September 2017)
Pengiktirafan MQA: MQA/PA 4158



Tempoh Pengajian

Tiga tahun (6 semester)



Objektif

  1. Pelajar mampu mengaplikasi hafazan mereka dalam kehidupan seharian khususnya dalam solat.
  2. Mampu memberikan kefahaman cara ulama’ menghuraikan terhadap sesuatu bacaan dan perbezaan pendapat dalam menetapkan sesuatu bacaan.
  3. Kefahaman yang betul tentang cara mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat.


Prospek Kerjaya:

  • Pakar Al-Quran / Kementerian Dalam Negeri
  • Panel Penulis / Penyemak Al-Quran
  • Ahli Majlis Agama Islam Negeri / Ahli Majlis Fatwa
  • Penyelidik / Penasihat Hal Ehwal Agama
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Pendakwah
  • Guru Tahfiz al-Quran / Agama