Diploma Kewangan dan Perbankan Islam

Pengenalan

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dalam pengajian Kewangan dan Perbankan Islam. Graduan bidang ini akan memperoleh kefahaman, kemahiran dan kepakaran dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Mereka berupaya untuk memahami asas kewangan Islam dan kewangan konvensional bagi meneroka bidang ini dengan lebih mendalam secara teori mahupun praktikal dalam lapangan perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam, pasaran mata wang, pengurusan risiko, pengurusan harta Islam dan bidang lain yang berkaitan. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mampu memahami disiplin ilmu berlandaskan Ahli Sunnah wal Jamaah. Seterusnya memupuk pelajar dengan nilai dan budaya pembelajaran yang berterusan dan memperkasa graduan menjadi 'high achiever'.



Nombor Kelulusan

Pendaftaran Kementerian: N/343/4/0086 (17 Jun 2018)
Pengiktirafan MQA: MQA/PA 2658



Tempoh Pengajian

Dua tahun (6 semester)



Objektif

  1. Pelajar mampu mengaplikasi prinsip syariah dalam kewangan, perbankan dan operasi takaful serta mampu membuat perbandingan antara kewangan konvensional dan kewangan Islam.
  2. Membentuk budaya kerja berpasukan dan kemahiran interpersonal, juga mampu berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sebaya, pelanggan, pegawai atasan dan masyarakat amnya serta sedar akan tanggungjawab sosial dan etika.
  3. Memupuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya serta penambah baikan berterusan.


Prospek Kerjaya :

  • Kerjaya dalam bahagian kewangan (semua industri)
  • Pegawai / Panel Syariah (semua industri)
  • Pegawai / Panel Syariah Bank
  • Kerjaya dalam bidang pelaburan
  • Kerjaya di industri insurans/takaful
  • Pegawai Pematuhan Shariah
  • Pegawai Pentadbiran