Diploma Usuluddin

Pengenalan

Diploma Usuluddin dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dalam pengajian Usuluddin. Program ini membekalkan modul-modul yang memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang benar mengenai Islam dari sudut teori dan juga amalan berdasarkan kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Seterusnya, program ini akan melahirkan pelajar yang berpegang teguh pada nilai moral, etika dan kerohanian Islam. Program pengajian Diploma Usuluddin adalah satu pengajian yang merangkumi segala aspek pengajian berkaitan aqidah dan falsafah. Ini termasuklah pengajian tasawuf, nuzum, tafsir, mantiq dan sebagainya. Selain itu, pelajar–pelajar juga didedahkan dengan ilmu–ilmu lain seperti tafsir, hadith, fiqh, bahasa Arab, dan sebagainya.



Nombor Kelulusan

Pendaftaran Kementerian: N/221/4/0054 (12 September 2017)
Pengiktirafan MQA: MQA/FA 2047



Tempoh Pengajian

Dua tahun (6 semester)



Objektif

  1. Pelajar akan mendapat pengetahuan yang mencukupi dalam Pengajian Islam secara umum pengetahuan pada tahap lanjutan dalam subbidang Usuluddin yang dipelajari.
  2. Pelajar akan mendapat kafahaman tentang cara ulama bidang tersebut menganalisis dan menyelesaikan isu dalam masyarakat berdasarkan sumber muktabar.
  3. Pelajar akan mendapat kefahaman yang betul tentang cara mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh.
  4. Pelajar mempunyai kemampuan melakukan pencarian fakta mengenai isu berkaitan usuluddin untuk memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat setempat.


Prospek Kerjaya :

  • Penasihat Agama Raja / Menteri-menteri
  • Ahli Majlis Fatwa / Ahli Majlis Agama Islam Negeri
  • Pegawai Penyelidik / Penasihat Polisi Negara
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Pendakwah
  • Guru Tahfiz al-Quran / Agama