Diploma Syariah Islamiyyah

Pengenalan

Diploma Syariah Islamiyyah dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dalam pengajian Syariah Islamiyyah. Program ini membekalkan modul-modul yang membolehkan graduannya lahir sebagai sarjana Islam yang mampu memberi kefahaman yang jelas terhadap masyarakat mengenai syariat Islam dan menghayatinya dalam segenap lapangan kehidupannya. Modul-modul yang diajar di program ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) yang mana berlandaskan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dan seiring dengan keperluan semasa, sebagai contoh Fiqh Semasa, Fiqh Zakat, Usul Fiqh, Qawaid al-Fiqh dan sebagainya.



Nombor Kelulusan

Pendaftaran Kementerian: N/221/4/0055 (12 September 2017)
Pengiktirafan MQA: MQA/FA 1781



Tempoh Pengajian

Dua tahun (6 semester)



Objektif

  1. Pelajar mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Pengajian Islam secara umum dan pengetahuan pada tahap lanjutan dalam bidang syariah (perundangan Islam).
  2. Pelajar akan memahami tentang cara ulama syariah menganalisis dan menyelesaikan isu dalam masyarakat.
  3. Pelajar mempunyai kefahaman yang betul tentang cara mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh.
  4. Pelajar berkemampuan melakukan pencarian fakta mengenai isu syariah untuk meningkatkan kefahaman Islam masyarakat setempat.


Prospek Kerjaya:

  • Mufti / Ahli Majlis Fatwa
  • Ahli Panel Syariah / Penasihat Syariah
  • Kerjaya dalam Hab Halal
  • Peguam Syariah / Kerjaya di Mahkamah Syariah
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Pendakwah
  • Guru Tahfiz al-Quran / Agama